Pelan perubatan yang memberi anda ganjaran untuk kekal sihat. Dengan pelan ini, anda akan menerima
bonus tahunan sehingga RM500.00 jika anda tidak membuat sebarang tuntutan untuk tahun tersebut.
Selain itu, anda juga akan dibiayai bil kemasukan hospital dan perubatan sekiranya anda jatuh sakit.
Takaful Health memastikan anda dilindungi semasa anda memerlukannya dan mendapat ganjaran
semasa anda sihat.
Pelan Perubatan untuk anda
Nikmatilah BONUS TUNTUTAN SIFAR
Kami memberi anda bonus (1) sehingga RM500 sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan
dalam tahun tersebut (2).
Kekalkan kesihatan dan anda akan menerima ganjarannya.
Perlindungan MENYELURUH untuk bil hospital dan pembedahan
Takaful Health menyediakan perlindungan menyeluruh sekiranya anda dimasukkan ke hospital,
memerlukan pembedahan atau mendapat rawatan pesakit luar. Ini sememangnya dapat memberikan
anda ketenangan fikiran.
Pilihan untuk MENGETEPIKAN had tuntutan tahunan
Anda capat memilih untuk meningkatkan had tuntutan (3) tahunan. Dengan manfaat tambahan ini,
anda tidak perlu risau sekiranya bayaran perubatan anda melebihi had tuntutan tahunan anda.
Pilihan dari pelan perubatan yang MAMPU DIBAYAR
Pilih dari lima pelan Takaful Health yang sesuai dengan keperluan dan anggaran belanjawan anda.
Dari caruman serendah RM100 (4) sebulan, anda pasti mendapat perlindungan yang bersesuaian.
Perlindungan sehingga umur 70 TAHUN atau 80 TAHUN
Pelan perubatan Takaful yang menyeluruh ini memberi perlindungan sehingga anda mencapai
usia 70 atau 80 tahun.
-rujukan-
1 Jumlah tertakluk kepada jenis pelan yang dipilih.
2 Merujuk kepada tahun sijil.
3 Tertakluk kepada sumbangan tambahan untuk pelan Takaful Health.
Hanya disediakan untuk pelan-pelan Takaful Health 200, 300 dan 400.
Jumlah manfaat yang dibayar ticak boleh melebihi Had Seumur Hidup.
4 Amaun tertakluk kepada jenis pelan yang dipilih dan umur semasa menyertai pelan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan